Clan img Pictures, Images and Photos
Lord Loco Says~

About Me~ Sensitive, Nature Loving, Fun, Wild Imagination, Commonly use vulgars as adjectives. Writing is my passion, and my strength lies within my imagination... Love blogger activities and make new friends.
tagboard

Wednesday, April 11, 2012 @ 9:13 PM
Malaysia Lebih Buruk Daripada Bangladesh Dan Palestin Dalam Ranking FIFA
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kedudukan skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156. Mengikut senarai mutahir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas. Kemerosotan ranking Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan. Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151). Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lepas. Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,442 mata dikuti Jerman yang mengutip 1,345 mata di tempat kedua. Pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay pula merampas kedudukan pasukan ketiga terbaik dunia daripada Belanda dengan mengumpul 1,309 mata iaitu berkelebihan 102 mata. Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 buah negara. ღ~ڸ٥ﻻ ﻉ√٥ﺎ ٱl~ღ
monthly archive

April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 February 2011 April 2011 October 2011 January 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012
recent entries

No Word Over 700 Churpers hv cashed out at least RM100 eac... I'll be back :) Kasih Seorang Anak Sleep is one of the common forms of ESCAPE. And im not doing too well. I felt like never breathing again. Audi haha Young Talents should be allowed a chance to pursue...
widgeo.net