Clan img Pictures, Images and Photos
Lord Loco Says~

About Me~ Sensitive, Nature Loving, Fun, Wild Imagination, Commonly use vulgars as adjectives. Writing is my passion, and my strength lies within my imagination... Love blogger activities and make new friends.
tagboard

Tuesday, April 3, 2012 @ 11:36 PM
Kasih Seorang Anak
Mak Tijah memandang Lina sayu. Lincah dan tangkas tangan Lina mengesat tubuh Mak Tijah dengan tuala basah. Di suruh angkat tangan, Mak Tijah ikut, Di suruh mendongak ke atas pun Mak Tijah ikut. Sesekali pandangan mata mereka bertaut Lina akan mengukir senyum. Selesai mengelap dan menukarkan pakaian Mak Tijah, Lina mengambil mee goreng yang di beli nya tadi. Terus di suapkan Mak Tijah sehingga habis. Tergesa-gesa Lina mengemas barangnya berupa pakaian kotor di masukkan ke dalam beg galas. Lina menbaringkan Mak Tijah. Di salami Mak Tijah lalu ke dua pipi Mak Tijah di cium Lina. "Lina pergi dulu mak.." ujar Lina. Mak Tijah mengangguk. Ingin sekali Mak Tijah mengucapkan rasa sayang dan terima kasihnya pada Lina, namun Mak Tijah tak lagi boleh bersuara seperti dulu. Semacam ada benda yang terlekat di kerongkong nya. Dan Mak Tijah di sahkan oleh doktor yang dia tidak lagi boleh bersuara. Lina terus bergegas pergi sambil menggalas beg nya. Mak Tijah memerhati langkah Lina sehingga lah anak nya menghilang. Sayu hati nya bila memikirkan anaknya yang tengah ini. Sesungguhnya dia bersyukur di kurniakan anak seperti Lina. Tanpa sedar air mata nya menitik perlahan. Diri nya tidak lagi seperti dulu. Menghadapi penyakit yang kronik membuatnya tidak mampu berjalan lagi. Bahkan terpaksa terlantar di hospital. Hospital di ibaratkan rumah kedua baginya. Mujurlah ada Lina yg sering menemaninya. Menjaga nya. Mak Tijah mengesat air mata di pipinya. Anak-anak yang lain tak pernah datang menjenguknya. Jauh sekali nak menjaga dia seperti yang di lakukan Lina. Mungkin kerana anaknya yang lain sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan sendiri. Lina anak tengah dari lima beradik. Kadang-kadang Mak Tijah risau mengenangkan Lina yang tak lagi berkahwin walaupun usianya sudah hampir mencecah 30an. Bukan takde yang mahu memperisterikan Lina, tapi semuanya di tolak Lina. "Mak,kalau Lina kahwin nanti sape yang nak jaga mak? Biarlah Lina jaga mak selagi Lina mampu." itulah yang di ucapkan Lina saat mereka membahaskan soal kahwin. Lina memang anak yang baik. Tiap malam Lina akan menemani Mak Tijah di hospital. Tentu sakit dan tak selesa Lina tidur di kerusi. Tapi apakan daya. Tiap hari Lina tak cukup tidur. Tapi paginya Lina tetap bersemangat. Tak pernah di tunjuk wajah yang letih. Setiap pagi selesai memandikan, memberi makan dan menguruskan Mak Tijah, cepat-cepat Lina bergegas ke tempat kerjanya. Lina berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat berhampiran sini. Setelah balik kerja. Lina akan pulang rumah sekejap menguruskan ayahnya yang juga tak berapa sihat di rumah kemudian bergegas ke hospital menemani dan menjaga Mak Tijah. Sungguh Mak Tijah terharu dengan sikap Lina. Tak pernah sekalipun Lina mengeluh walau penat macam mana pun. Mak Tijah betul-betul kesiankan Lina. Untuk mendoakan diri nya sihat seperti sediakala, rasanya tak mungkin lagi. Rawatan demi rawatan di terimanya tapi tak jugak sembuh. Sebab tu Mak Tijah selalu mendoakan supaya Tuhan mengambil nyawanya. Sungguh, Mak Tijah tak sanggup menyusahkan anaknya lagi. Sekali lagi air matanya menitis. "Ya Allah, Ya Tuhanku, kau ambillah nyawaku seandainya aku tak lagi mampu sembuh. Walaupun aku takut akan kematian, tapi aku tak sanggup menyusahkan anakku. Ya Allah, kau tempatkan lah anakku dalam syurgamu, kerana dia sentiasa menyejukkan hati ku." doa Mak Tijah dalam hati. Saat itu air mata Mak Tijah menitis lagi. Dan secara tiba-tiba Mak Tijah sesak nafas. Mak Tijah menggerakkan tangannya cuba memanggil seorang jururawat yang berada berhampiran situ tapi jururawat itu tak melihatnya. Dan akhirnya Mak Tijah menghembuskan nafasnya di situ. Walaupun Lina sedih dengan kematian ibunya. Apatah lagi saat tu Lina tiada di sisi arwah Mak Tijah, tapi Lina Redha. Lina puas kerana dia menjaga ibunya ke akhir hayatnya. Berbanding adik beradiknya yang lain meratapi pemergian ibu mereka dengan sesalan. **TamaT** p/s:Jaga lah ibu kita selagi hayatnya masih ada. ღ~ڸ٥ﻻ ﻉ√٥ﺎ ٱl~ღ
monthly archive

April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 February 2011 April 2011 October 2011 January 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012
recent entries

Sleep is one of the common forms of ESCAPE. And im not doing too well. I felt like never breathing again. Audi haha Young Talents should be allowed a chance to pursue... weird Fucking Love you my avy haha so long x bloggin
widgeo.net